Monday, April 25, 2011

Selamat berpraktikum kepada semua pelajar semester 6 dan 7

Bermula pada 9 mei 2011, semua pelajar semester 6 dan 7 akan menjalani praktikum (kecuali ade kes khas seperti kwnku Sunita yg mula 2 mei..hehe). Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada sesetengah cos yang masih lagi tidak diluluskan permohonan praktikum mereka, diharapkan bersabar (termasuklah cos aku..huhu). Harap-harap sekolah kite semua x reject kite pd saat2 akhir begini di sebabkan kelewatan nama kita di masukkan dalam sistem dan juga kelewatan sekolah menerima surat permohonan praktikum. Banyak2 la berdoa ye kwn2..jangan tension2.. (aku pun same)..huhu..

Pada 9 mei nanti bermulalah sesi praktikum aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indra Wangsa Ahmad di daerah Batu Gajah Perak. diharapkan sekolah tersebut tidaklah me'reject' aku pd saat2 akhir kerana kesulitan yang berlaku kini. Kalau x, terpaksalah aku ke sekolah lain. (sekolah mane pun xtaw)huhu..Da la aku sorang2 praktikum kt ctu..huhu..harap2 ok la semua kan...? (motivasi diri). Nampaknya aku kena la geng dgn guru-guru senior kat sane bagi menghilangkan rasa kekok aku di sana kelak..hehe..

Esok pada 26 April 2011 aku akan berangkat pulang ke tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja di Gua Musang iaitu pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Teruja juga nk balik sbb nk tgk anak buah aku (anak adik aku yg lahir pada 19 april lepas).. x sabar rasanya..hari tu aku sempat 3g je ngan die..die tgk je aku kt skrin hp (seolah-olah die tau lak 3g neh)huhu..so, diharapkan perjalanan aku nnti selamat la.. (drive alone)hehe..jangan sampai surat saman speed trap da lew kt abah aku..ckup sekali...hahaha..(cam da penah kene je..huhu)

ok la..nk sambung packing barang..exam pun da hbs, so mood exam pun telah hilang serta merta (nampak beno nk balik..huhu) so digantikan dgn mood nk packing barang..ok..salam..:)))


Saturday, April 23, 2011

Wayang Kulit

Sejarah Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan seni teater yang tertua di Timur dan juga ada juga didapati di China, India dan Turki. Asal usul wayang kulit sebenanya masih samar-samar kerana berlaku polemik tentang kewujudannya. Bethold Laufer berpendapat mengatakan wayang kulit berasal dari China kerana merujuk kepada sebuah lagenda tentang Maharaja Han Wu Ti (121 S.M). Lagenda tersebut telah menceritakan tentang usaha dukun diraja yang telah memuja roh pemaisuri raja yang telah meninggal dunia.
Menurut Otto Spies, Sabri East Siyavusgil dan William Ridgeway telah mengatakan wayang kulit berasal dari India dan telah disokong oleh beberapa orang cendekiawan kerana berdasarkan repertoire persembahan wayang kulit di Asia Tenggara yang menceritakan cerita-cerita daripada epik Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabrata.Wayang Kulit di Malaysia mempunyai ritual yang menggabungkan unsur animisme, Hindu dan Islam. Terdapat empat jenis wayang kulit yang ada di Malaysia iaitu wayang Jawa, wayang Melayu, wayang Kelantan dan wayang gedek.

Wayang Kelantan
Wayang Kelantan telah menggunakan teknik wayang purwa Jawa bagi mempersembahkan cerita yang berasal dari cerita Ramayana versi Thai di samping terdapat juga cerita-cerita lagenda setempat. Dari segi bentuk patung Wayang Kelantan, ia berbeza dengan wayang gedek kerana patung wayang Kelantan kesemuanya berpandangan tepi manakala wayang gedek berpandangan hadapan dan tepi. Kumpulan muzik yang mengiringi wayang Kelantan juga lebih besar berbanding dengan wayang gedek. Kesemua alat muzik wayang kulit terdiri daripada alat muzik paluan kecuali satu alat aerophone atau chordophone.

Alat-alat muzik wayang Kelantan

1. Aerophone
- sebatang serunai (biasanya terdapat dua batang serunai iaitu satu bernada tinggi dan satu lagi bernada rendah)














2. Membranophone
- sepasang geduk (ibu dan anak)
- sepasang gedombak (ibu dan anak)
-  sepasang gendang (ibu dan anak)






































3. Idiophone
- sepasang canang(ibu dan anak)
- kesi                        
- sepasang tetawak (gong-ibu dan anak)