Saturday, April 23, 2011

Wayang Kulit

Sejarah Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan seni teater yang tertua di Timur dan juga ada juga didapati di China, India dan Turki. Asal usul wayang kulit sebenanya masih samar-samar kerana berlaku polemik tentang kewujudannya. Bethold Laufer berpendapat mengatakan wayang kulit berasal dari China kerana merujuk kepada sebuah lagenda tentang Maharaja Han Wu Ti (121 S.M). Lagenda tersebut telah menceritakan tentang usaha dukun diraja yang telah memuja roh pemaisuri raja yang telah meninggal dunia.
Menurut Otto Spies, Sabri East Siyavusgil dan William Ridgeway telah mengatakan wayang kulit berasal dari India dan telah disokong oleh beberapa orang cendekiawan kerana berdasarkan repertoire persembahan wayang kulit di Asia Tenggara yang menceritakan cerita-cerita daripada epik Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabrata.Wayang Kulit di Malaysia mempunyai ritual yang menggabungkan unsur animisme, Hindu dan Islam. Terdapat empat jenis wayang kulit yang ada di Malaysia iaitu wayang Jawa, wayang Melayu, wayang Kelantan dan wayang gedek.

Wayang Kelantan
Wayang Kelantan telah menggunakan teknik wayang purwa Jawa bagi mempersembahkan cerita yang berasal dari cerita Ramayana versi Thai di samping terdapat juga cerita-cerita lagenda setempat. Dari segi bentuk patung Wayang Kelantan, ia berbeza dengan wayang gedek kerana patung wayang Kelantan kesemuanya berpandangan tepi manakala wayang gedek berpandangan hadapan dan tepi. Kumpulan muzik yang mengiringi wayang Kelantan juga lebih besar berbanding dengan wayang gedek. Kesemua alat muzik wayang kulit terdiri daripada alat muzik paluan kecuali satu alat aerophone atau chordophone.

Alat-alat muzik wayang Kelantan

1. Aerophone
- sebatang serunai (biasanya terdapat dua batang serunai iaitu satu bernada tinggi dan satu lagi bernada rendah)














2. Membranophone
- sepasang geduk (ibu dan anak)
- sepasang gedombak (ibu dan anak)
-  sepasang gendang (ibu dan anak)






































3. Idiophone
- sepasang canang(ibu dan anak)
- kesi                        
- sepasang tetawak (gong-ibu dan anak)                  

                                              






























No comments:

Post a Comment